“Songkoknisme” : Shortstory Analysis

07:12


SHORTSTORY ANALYSIS :
SONGKOKNISME

Sinopsis “Songkoknisme” 

    Cerpen ini mengisahkan tentang perjuangan mempertahankan pemakaian songkok pada zaman era moden di Kampung Muslim. Seorang lelaki iaitu Pak Din merupakan ketua gerakan songkok dimana dia dan kesemua pengikut-pengikutnya memakai songkok terjadinya konflik dimana gerakan mereka dihalang oleh Penghulu dan penduduk yang lain di Kampung Muslim menentang gerakan itu. Pak Din ditangkap dan disoal siat oleh Pengawai Keamanan disebabkan gerakan kesongkokan. Pak Din dituduh bersongkok songsang manakala penghulu pula dituduh anti- songkok oleh Pak Din. Songkok hadiah dari pelajar-pelajar yang pulang dari England adalah menjadi punca. Penghulu dan si Lun-cai memberi pandangan bahawa songkok merupakan benda yang sudah ketinggalan zaman serta memandang serong terhadap songkok. Setelah isu ini, Pakdin segera mendapat idea dimana ingin memberitahu orang putih tentang permasalahan ini. Orang Putih itu merupakan orang yang memperkenalkan moden kepada kampung tersebut. Oleh sebab Orang Putih itu mempunyai sikap ingin memakai songkok dan tahu akan kebaikan songkok tersebut membuatkan hati Orang Putih ingin memakainya, lantas ingin menyelamatkan penduduk kampung tersebut dari perbalahan atau permusuhan yang boleh menjejaskan kehidupan mereka. Impian Pak Din tercapai apabila semua penduduk serta Penghulu dan si Luncai di Kampung Muslim memakai songkok. Akhirnya ternyata itu adalah mimpinya sahaja, Pak Din ditangkap oleh Pengawai Keamanan hatinya cukup gembira dan tidak menyesali kerana dia merasakan sudah melalui dengan hasratnya telah tercapai walaupun cuma di dalam mimpi.



Analisis Cerpen “Songkoknisme”

   Analisis ini berdasarkan cerita pendek yang bertajuk “Songkoknisme” dari karya Ali Majod yang mengisahkan seorang lelaki yang memperjuangkan amalan memakai songkok di kampung Muslim tetapi ditentang oleh penghulu kampung serta orang kampungnya. Tema dalam cerita ini adalah tentang semangat nasionalime. Tema ini dilihat melalui Pak Din yang perjuangkan gerakan songkoknya. Selain itu, tema kecil pula adalah harapan, iaitu dapat dilihat melalui Pak Din sangat berharap sehingga pengakhiran cerpen bahawa “bersongkok untuk dapat mengembalikan moral dan sosial yang baik kepada penduduk desa Muslim.”

   Permulaan latar tempat, cerita dimainkan semasa pertemuan antara dua orang iaitu Pak Din dan Penghulu di persimpangan jalan. Seterusnya, latar tempat terutama tanah di Kampung Muslim adalah bahagian utama cerita, ceritanya ini sebagian besar berada di kampung, dan kemudiannya di perkarangan pondok di rumah Pak Din.

   Watak-watak utama adalah Pak Din, Penghulu dan Lun-cai. Manakala, watak sampingan adalah Pegawai Keamanan, Ketua Para Pelabur, dan Orang Putih. Watak utama protagonis dalam cerita ini adalah Pak Din, dia adalah seorang lelaki miskin dan bercita-cita untuk perjuangkan fahaman kesongkokannya di Kampung Muslim walaupun ditentang oleh Penghulu serta orang-orang Kampung Muslim. Peranannya adalah memimpin gerakan kesongkokan. Songkoknisme memberitahu ciri-ciri Pak Din adalah sabar, bijak dan berani. Pak Din mempunyai sikap sabar, dapat dilihat apabila dia bersabar hanya berdiam sahaja walaupun menerima tamparan dari Pegawai Keamanan di pipinya dan juga ditemuduga selama 3 x 8 jam terus menerus. Dia tetap tabah dan tersenyum walaupun ditangkap oleh Pegawai Keamanan kerana perjuangan. 

  Selain itu, sifat Pak Din adalah orang yang bijak. Demi perjuangan kesongkokannya, dia berstrategi berdakwah di negeri Orang Putih serta mendapat sambutan yang hangat oleh orang putih. Tercapai cita-citanya dengan kehadiran Ketua Orang Putih juga telah membuatkan seluruh orang di Kampung Muslim memakai songkok. Seterusnya, sifat-sifat yang berani, bersedia untuk menghadapi cabaran. Contohnya, dia tetap dengan prinsipnya walaupun ditentang oleh Penghulu dan orang-orang Kampung Muslim. Selain itu, dia hanya orang yang biasa tapi sentiasa berani mengutarakan hujahnya untuk mempertahankan perjuangan gerakan songkoknya itu. Dia juga tidak gentar apabila ditangkap oleh Pengawai Keamanan kerana perjuangannya.  

  Perjalanan emosi Pak Din yang sangat tabah dengan konflik mengenai persongkokannya. Dia mempunyai semangat nasiolisme dan perasaan bangga memperjuangan songkok. Walaubagaimanapun dia berasa tidak kuat dan fikirannya serabut dengan tentangan itu. Dia merasa malu dengan keadaan orang kampungnya yang menolak untuk bersongkok. Tetapi akhirnya, dia merasa perasaan bahagia dan tersenyum setelah impiannya tercapai walaupun di dalam mimpi sahaja. Walaupun ditangkap oleh pegawai keamanan, dia tetap tabah dan tiada perasan penyesalan dengan pergorbanannya.

   Seterusnya, plot kecil adalah tentang Penghulu iaitu Penghulu Kampung Muslim. Dia adalah salah seorang anti-songkok dan dia juga menentang gerakan kesongkokan oleh Pak Din. Akan tetapi oleh sikap panghulu yang memandang serong terhadap songkok itu juga menyebabkan si Lun-cai turut ikut serta. Ciri-ciri perwatakan Penghulu adalah seorang yang sangat pemarah dan tegas kerana menampar pipi Pak Din. Tetapi dia juga adalah seorang yang penakut kerana terlalu menurut perintah Orang Putih itu kerana takut dilucutkan jawatannya.

   Konflik utama tentang berdebat pasal songkok. Ini kerana penduduk Kampung Muslim menolak kefahaman kesongkokan serta disangka songkoknisme songsang telah menyebabkan orang kampung berpecah belah. Masalah yang dihadapi sukar diatasi. Contohnya, terdapat penduduk kampung yang bersongkok tidak mahu ke rumah yang tak bersongkok. Kenduri di rumah orang yang tak bersongkok tidak dihadiri oleh orang yang bersongkok. Orang bersongkok meninggal dunia tidak diziarahi oleh orang yang tidak bersongkok.

  Oleh itu, konflik utama diselesaikan disebabkan oleh Orang Putih yang ingin memakai songkok dan tahu akan kebaikan songkok tersebut membuatkan hati Orang putih ingin memakainya, lantas ingin menyelamatkan penduduk kampung tersebut dari perbalahan atau permusuhan yang boleh menjejaskan kehidupan mereka dengan memerintahkan orang-orang Kampung Muslim untuk memakai songkok. Selain itu, nada cerita dalam cerpen ini adalah serius atau marah. Watak yang berubah-berubah adalah apabila Penghulu, Lun-cai, dan serta orang-orang Kampung Muslim terus memakai songkok setelah di perintahkan oleh Orang Putih. Ini menunjuk perubahan dalam segi emosi kerana takut kepada Orang Putih tersebut. 

  Pengakhirannya cerita adalah sempurna kerana berakhir dengan pergorbanan perjuangan seseorang yang tiada penyesalan setelah impiannya tercapai tetapi adalah hanya dalam mimpinya serta angan-angan saja membuatkan itu sesuatu yang menyakitkan. Daripada pengalaman sendiri yang dapat dikaitkan dengan cerpen ini adalah tentang dari penindasan terhadap golongan lemah, serta kebebasan bersuara tidak diambil kisah. Apa yang boleh dilihat, saya juga sebagai golongan muda rakyat malaysia yang serba kekurangan ini, susah untuk menyuarakan pendapat kerana pandangan orang yang tidak mempunyai apa-apa kuasa tidak diterima dalam politik. Selain itu, melalui cerpen ini tentang perjuangan, saya mempunyai perjuangan yang ingin berubah ke arah yang lebih baik untuk kedua ibu bapaku tetapi dihalangi pelbagai halangan daripada kawan-kawan serta orang-orang yang mempengaruhiku. Tetapi aku nekad untuk tetap berubah. Tetapi hari demi hari ia adalah hanya angan-angan menjadi sia-sia sahaja.  


  Kesimpulannya, cerpen ini menunjukkan semangat perjuangan dapat memberi kesan kepada pembacanya serta memberi pengambaran perjuangan tokoh-tokoh yang terdahulu yang meperjuangkan keamanan tanah air kita sehingga ke akhir ini. Selain itu, cerpen ini juga mengingatkan kita bahwa dalam mengambil keputusan dalam hidup mesti dipikirkan dengan baik-baik agar tidak menyesal di kemudian hari. Namun cerpen ini juga mempunyai unsur-unsur kehidupan yang lekat di kehidupan kita seperti berkerja keras dan impian tapi janganlah hanya angan-angan saja dan kita tidak melakukannya.  Justeru itu, daripada nilai yang diperolehi dari cerpen ini, kita seharusnya melakukan sesuatu impian yang ada kebaikannya dengan melakukannya tanpa ragu-ragu ataupun mengalah kerana itu adalah satu pergorbanan dalam sebuah kehidupan serta menyuruh kita mendekati dengan agama walaupun di zaman arus pemodenan. 


StoriesBuburnLove