“Songkoknisme” : Shortstory Analysis

07:12


SHORTSTORY ANALYSIS :
SONGKOKNISME

Sinopsis “Songkoknisme” 

    Cerpen ini mengisahkan tentang perjuangan mempertahankan pemakaian songkok pada zaman era moden di Kampung Muslim. Seorang lelaki iaitu Pak Din merupakan ketua gerakan songkok dimana dia dan kesemua pengikut-pengikutnya memakai songkok terjadinya konflik dimana gerakan mereka dihalang oleh Penghulu dan penduduk yang lain di Kampung Muslim menentang gerakan itu. Pak Din ditangkap dan disoal siat oleh Pengawai Keamanan disebabkan gerakan kesongkokan. Pak Din dituduh bersongkok songsang manakala penghulu pula dituduh anti- songkok oleh Pak Din. Songkok hadiah dari pelajar-pelajar yang pulang dari England adalah menjadi punca. Penghulu dan si Lun-cai memberi pandangan bahawa songkok merupakan benda yang sudah ketinggalan zaman serta memandang serong terhadap songkok. Setelah isu ini, Pakdin segera mendapat idea dimana ingin memberitahu orang putih tentang permasalahan ini. Orang Putih itu merupakan orang yang memperkenalkan moden kepada kampung tersebut. Oleh sebab Orang Putih itu mempunyai sikap ingin memakai songkok dan tahu akan kebaikan songkok tersebut membuatkan hati Orang Putih ingin memakainya, lantas ingin menyelamatkan penduduk kampung tersebut dari perbalahan atau permusuhan yang boleh menjejaskan kehidupan mereka. Impian Pak Din tercapai apabila semua penduduk serta Penghulu dan si Luncai di Kampung Muslim memakai songkok. Akhirnya ternyata itu adalah mimpinya sahaja, Pak Din ditangkap oleh Pengawai Keamanan hatinya cukup gembira dan tidak menyesali kerana dia merasakan sudah melalui dengan hasratnya telah tercapai walaupun cuma di dalam mimpi.



Analisis Cerpen “Songkoknisme”

   Analisis ini berdasarkan cerita pendek yang bertajuk “Songkoknisme” dari karya Ali Majod yang mengisahkan seorang lelaki yang memperjuangkan amalan memakai songkok di kampung Muslim tetapi ditentang oleh penghulu kampung serta orang kampungnya. Tema dalam cerita ini adalah tentang semangat nasionalime. Tema ini dilihat melalui Pak Din yang perjuangkan gerakan songkoknya. Selain itu, tema kecil pula adalah harapan, iaitu dapat dilihat melalui Pak Din sangat berharap sehingga pengakhiran cerpen bahawa “bersongkok untuk dapat mengembalikan moral dan sosial yang baik kepada penduduk desa Muslim.”

   Permulaan latar tempat, cerita dimainkan semasa pertemuan antara dua orang iaitu Pak Din dan Penghulu di persimpangan jalan. Seterusnya, latar tempat terutama tanah di Kampung Muslim adalah bahagian utama cerita, ceritanya ini sebagian besar berada di kampung, dan kemudiannya di perkarangan pondok di rumah Pak Din.

   Watak-watak utama adalah Pak Din, Penghulu dan Lun-cai. Manakala, watak sampingan adalah Pegawai Keamanan, Ketua Para Pelabur, dan Orang Putih. Watak utama protagonis dalam cerita ini adalah Pak Din, dia adalah seorang lelaki miskin dan bercita-cita untuk perjuangkan fahaman kesongkokannya di Kampung Muslim walaupun ditentang oleh Penghulu serta orang-orang Kampung Muslim. Peranannya adalah memimpin gerakan kesongkokan. Songkoknisme memberitahu ciri-ciri Pak Din adalah sabar, bijak dan berani. Pak Din mempunyai sikap sabar, dapat dilihat apabila dia bersabar hanya berdiam sahaja walaupun menerima tamparan dari Pegawai Keamanan di pipinya dan juga ditemuduga selama 3 x 8 jam terus menerus. Dia tetap tabah dan tersenyum walaupun ditangkap oleh Pegawai Keamanan kerana perjuangan. 

  Selain itu, sifat Pak Din adalah orang yang bijak. Demi perjuangan kesongkokannya, dia berstrategi berdakwah di negeri Orang Putih serta mendapat sambutan yang hangat oleh orang putih. Tercapai cita-citanya dengan kehadiran Ketua Orang Putih juga telah membuatkan seluruh orang di Kampung Muslim memakai songkok. Seterusnya, sifat-sifat yang berani, bersedia untuk menghadapi cabaran. Contohnya, dia tetap dengan prinsipnya walaupun ditentang oleh Penghulu dan orang-orang Kampung Muslim. Selain itu, dia hanya orang yang biasa tapi sentiasa berani mengutarakan hujahnya untuk mempertahankan perjuangan gerakan songkoknya itu. Dia juga tidak gentar apabila ditangkap oleh Pengawai Keamanan kerana perjuangannya.  

  Perjalanan emosi Pak Din yang sangat tabah dengan konflik mengenai persongkokannya. Dia mempunyai semangat nasiolisme dan perasaan bangga memperjuangan songkok. Walaubagaimanapun dia berasa tidak kuat dan fikirannya serabut dengan tentangan itu. Dia merasa malu dengan keadaan orang kampungnya yang menolak untuk bersongkok. Tetapi akhirnya, dia merasa perasaan bahagia dan tersenyum setelah impiannya tercapai walaupun di dalam mimpi sahaja. Walaupun ditangkap oleh pegawai keamanan, dia tetap tabah dan tiada perasan penyesalan dengan pergorbanannya.

   Seterusnya, plot kecil adalah tentang Penghulu iaitu Penghulu Kampung Muslim. Dia adalah salah seorang anti-songkok dan dia juga menentang gerakan kesongkokan oleh Pak Din. Akan tetapi oleh sikap panghulu yang memandang serong terhadap songkok itu juga menyebabkan si Lun-cai turut ikut serta. Ciri-ciri perwatakan Penghulu adalah seorang yang sangat pemarah dan tegas kerana menampar pipi Pak Din. Tetapi dia juga adalah seorang yang penakut kerana terlalu menurut perintah Orang Putih itu kerana takut dilucutkan jawatannya.

   Konflik utama tentang berdebat pasal songkok. Ini kerana penduduk Kampung Muslim menolak kefahaman kesongkokan serta disangka songkoknisme songsang telah menyebabkan orang kampung berpecah belah. Masalah yang dihadapi sukar diatasi. Contohnya, terdapat penduduk kampung yang bersongkok tidak mahu ke rumah yang tak bersongkok. Kenduri di rumah orang yang tak bersongkok tidak dihadiri oleh orang yang bersongkok. Orang bersongkok meninggal dunia tidak diziarahi oleh orang yang tidak bersongkok.

  Oleh itu, konflik utama diselesaikan disebabkan oleh Orang Putih yang ingin memakai songkok dan tahu akan kebaikan songkok tersebut membuatkan hati Orang putih ingin memakainya, lantas ingin menyelamatkan penduduk kampung tersebut dari perbalahan atau permusuhan yang boleh menjejaskan kehidupan mereka dengan memerintahkan orang-orang Kampung Muslim untuk memakai songkok. Selain itu, nada cerita dalam cerpen ini adalah serius atau marah. Watak yang berubah-berubah adalah apabila Penghulu, Lun-cai, dan serta orang-orang Kampung Muslim terus memakai songkok setelah di perintahkan oleh Orang Putih. Ini menunjuk perubahan dalam segi emosi kerana takut kepada Orang Putih tersebut. 

  Pengakhirannya cerita adalah sempurna kerana berakhir dengan pergorbanan perjuangan seseorang yang tiada penyesalan setelah impiannya tercapai tetapi adalah hanya dalam mimpinya serta angan-angan saja membuatkan itu sesuatu yang menyakitkan. Daripada pengalaman sendiri yang dapat dikaitkan dengan cerpen ini adalah tentang dari penindasan terhadap golongan lemah, serta kebebasan bersuara tidak diambil kisah. Apa yang boleh dilihat, saya juga sebagai golongan muda rakyat malaysia yang serba kekurangan ini, susah untuk menyuarakan pendapat kerana pandangan orang yang tidak mempunyai apa-apa kuasa tidak diterima dalam politik. Selain itu, melalui cerpen ini tentang perjuangan, saya mempunyai perjuangan yang ingin berubah ke arah yang lebih baik untuk kedua ibu bapaku tetapi dihalangi pelbagai halangan daripada kawan-kawan serta orang-orang yang mempengaruhiku. Tetapi aku nekad untuk tetap berubah. Tetapi hari demi hari ia adalah hanya angan-angan menjadi sia-sia sahaja.  


  Kesimpulannya, cerpen ini menunjukkan semangat perjuangan dapat memberi kesan kepada pembacanya serta memberi pengambaran perjuangan tokoh-tokoh yang terdahulu yang meperjuangkan keamanan tanah air kita sehingga ke akhir ini. Selain itu, cerpen ini juga mengingatkan kita bahwa dalam mengambil keputusan dalam hidup mesti dipikirkan dengan baik-baik agar tidak menyesal di kemudian hari. Namun cerpen ini juga mempunyai unsur-unsur kehidupan yang lekat di kehidupan kita seperti berkerja keras dan impian tapi janganlah hanya angan-angan saja dan kita tidak melakukannya.  Justeru itu, daripada nilai yang diperolehi dari cerpen ini, kita seharusnya melakukan sesuatu impian yang ada kebaikannya dengan melakukannya tanpa ragu-ragu ataupun mengalah kerana itu adalah satu pergorbanan dalam sebuah kehidupan serta menyuruh kita mendekati dengan agama walaupun di zaman arus pemodenan. 


"Cinta Sampai Mati" (Theater Criticism Essay)

06:00



(PLAYWRITTING)
THEATER CRITICISM ESSAY
“CINTA SAMPAI MATI”
By FrhHidayu


    Pada pendapat saya, teater Cinta Sampai Mati ini adalah mengenai tentang sebuah cerita percintaan dalam sebuah keluargaan yang besar mempunyai pelbagai ragam. Cerita teater ini adalah daripada karya oleh pengarahnya sendiri iaitu Danial Nawawi. Pengarahnya seorang yang berkebolehan dan hebat kerana karya beliau yang lain seperti teater Barisan Hadapan Dunia yang saya tontonan juga dapat begitu memuaskan. Menurut Danial Nawawi, di artikle SinarHariancom dia menyatakan dia memilih karya tersebut kerana terdapat mesej tersirat dan tersurat hendak disampaikan kepada penonton. Justeru itu, saya pun telah pergi menonton teater ini pada 1 mei adalah cuti Hari Perkerja di lokasi  yang dikenali sebagai “BlackBox” tetapi ia ternyata menjadi ruang terbuka dataran di Blok 6  bahagian Falkuti Filem, Teater dan Animasi (FITA) di UITM Puncak Perdana. Walaupun pada hari itu adalah cuti Hari Pekerja, mungkin ramai yang balik kampung tapi sambutnya cukup ramai penonton serta memenuhi kawasan persembahan teater tersebut. Mereka mempersembahkan teater mereka dengan terbaik dan hasilnya memang memukaukan juga. Teater ini juga telah memenangi anugerah teater terbaik berturut-turut di Malam Gala Majlis Anugerah Karyaone. 

    Mengenai karya Cinta Sampai Mati, saya nampak teater ini mengangkat genre komedi dan kekeluargaan itu berkisarkan mengenai rumah tangga yang huru hara di antara Seman dan Peah. Di dalam sebuah rumah tangga seman dan peah yang sudah selama 6 tahun berkahwin dan tiba-tiba bergoyang.disebabkan oleh persembunyian penipuaan kisah sebenarnya. Ceritanya seperti perkara seperti kecurangan ataupun penipuan seorang lelaki untuk mempunyai banyak isteri yang kebiasaanya berlaku dalam kehidupaan kita. Ini menyebabkan penamat penceritaan boleh menjadi terkesan awal seperti macam plot drama contohnya mesti penamat cerita ini bapanya yang kahwin lain. Walaupun begitu mereka menjadikan perjalanan cerita teater ini lebih kelakar dengan unsur-unsur slapstik dan mengikut ciri-ciri pengayaan permodenan zaman sekarang dalam penyampaian percakapan serta lakonan ceritanya adalah menarik. Cerita teater ini juga kemungkinan mempunyai pengaruh dari cerita Madu Tiga. Ia telah menjadi ceritanya topik yang sebenarnya yang boleh dinampak salah satunya motifnya adalah akibat Peah menjadi cemburu buta dan menjadi-jadi cemburunya apabila suaminya tiga hari tidak pulang kerana pergi ke Thailand. Penamat cerita diselitkan teknik menarik yang kita tidak sangkakan ia adalah suatu permainan juga dilakukan secara spontan sepertinya Tok Dalang muncul dengan soalan dibuat seperti rancangan “Who Wants to be A Millionaire” dengan bertanya kepada penonton tentang penamatnya bagaimana mereka mahu ataupun tekaan mereka. Tetapi Encik Mazlan menjadi mangsa, iaitu ketua program teater dibagi soalan tiga kemungkinan yang berbeza tetapi cuma sebagai gimik sahaja.

   Tentang lakonan mereka berdua adalah begitu baik. Saya sangat menyukai perwatakan lakonan mereka yang sangat seperti realiti pasangan yang sekarang berkahwin pada usia muda. Namun, digambarkan watak Peah yang dilakonkan oleh Rosmi Fazreen ialah seperti seorang gadis terlalu yang hendak kahwin dengan Seman begitu dengan watak Seman yang juga terlalu mencintainya dan ingin berkahwin bersama-sama. Ketika melihat perwatakan Peah, saya menggambarkan dia membawa definasi sebenar gadis anak tunggal orang kaya yang manja dengan keluarganya dan kehendaknya yang selalu diberi. Peah yang seorang manja dalam langkahnya serta dia penampakkan seperti seorang yang agak pemalas juga. Contohnya selepas dia berkahwin dengan Seman, Peah menjadi wanita yang suka bangun lewat pagi setelah berkahwin dengan rupa yang tidak terurus serta rambutnya kusut masai, malah keadaan rumahnya yang bersepah-sepah dan kelihatan tidak terurus juga. Peah juga seorang agak garang kerana selalu membebel kepada Seman. Contohnya, Seman melayan saja dan juga terlalu mengikut rentak Peah yang terlalu mahu pengayaan pemakaian Seman mengikut apa yang Peah mahukan walaupun gaya agak kurang menarik supaya Seman tidak akan dipandang oleh wanita lain. Selain itu, Peah juga seorang yang menuturkan katanya agak garang apabila membebel ataupun memarahi pada Seman. Tetapi bila Peah yang bermain cinta dengan Seman, dia kelihatan menuturkan sedikit gaya lemah lembut dan malu-malu seperti mengada-gada. Walaupun begitu, saya rasa dia pelakon teater yang baik dalam perwatakan kerana telah mendapat anugerah pelakon wanita terbaik di Majlis anugerah Karyaone. Tetapi bila lakonan perwatakan terlebih ia akan membuatkan kesannya mungkin akan tidak sampai ke hati.


    Watak Seman di lakonkan oleh Iqbal Rusli nampak sedikit kurang menyerlah pada awalnya tetapi akhir penceritaannya perwatakannya nampak menjadi dan baik juga. Dipermulaan cerita dengan kelam kabut perwatakkan Seman yang mencari stokin yang sebelah kakinya memang mirip dengan adegan dalam cerita Madu Tiga seperti watak P.Ramlee yang mencari butang bajunya.  Malah dalam perakhirannya teater ini saya melihat betapa agungnya cinta Seman dan Peah kerana Seman memberi penghayatan lebih menyatakan kesetiaan bersungguh-sungguh mencintai Peah walaupun sehingga Peah mula mencuriganya melakukan curang dan ingin cuba membunuhnya. Tetapi Seman tetap mencintai Peah dan tidak sanggup melihat Peah di tangkap atas tuduhan cubaan membunuhnya ini membuktikan cintanya berkaitan dengan tajuk teater ini iaitu Cinta Sampai Mati. Seman adalah seorang anak yatim piatu, lelaki yang begitu setia pada cinta kepada Peah, serta berkerja dengan ayah mertuanya iaitu Pak Meon. Kelihatan pemakaiannya yang kemas dan bercirikan seorang yang lurus serta perwatakannya terlalu menuruti rentak Peah. Ini adalah sedikit celaru dalam rumah tangga kerana Seman adalah suami kepada Peah mungkinya untuk menjadikan ceritanya kelakar mempunyai suami yang lurus. Tapi di dalam perwatakan Iqbal di teater ini sedikit kurang kerana saya pernah melihat perwatakannya sebagai seorang yang lurus di pementasan teater yang lain begitu kelakar dan bagus.  

    Mujur-mujur sekali, watak-watak pembantu dalam teater ini seperti Pak Meon, Mak Moon, Mama Khatty, Rokiah, Salmiah, Tok Dalang, Inspector Sahab, Sarjan Praktikal dan Jamil, juga membantu persembahan sangat dan saya sangat suka juga. Tukang cerita iaitu Tok Dalang menjadi penglipurlara dalam cerita ini di lakonkan oleh Fahmi Harun telah banyak menyanyi lagu serta menarik akan teater ini dengan caranya sendiri penglipurlara untuk menceritakan kisah teater ini. Nyanyiannya boleh dikatakan sedap tapi agak kelakar dan juga tariannya. Contohnya, lagu cinta sambal belacan yang dinyanyi oleh Tok Dalang memperingatkan saya tentang gaya babak dalam cerita Lady Boss, lagu itu dinyanyikan oleh Saiful Apek dan tarian kelakarnya juga lebih kurang sama. Ia membantu saya untuk kekal dalam mood menonton teater. 
    
     


    Seterusnya, watak pembantu yang baik juga ialah Pak Meon dilakonkan oleh Anwar seakan menjadi seperti seorang lelaki yang agak gatal yang tidak pernah cukup puas walaupun telah sudah mempunyai dua orang isteri. Mukanya dan perwatakannya kelakar agak iras dengan artis iaitu Angah Raja Lawak. Pak Meon juga seorang lelaki yang kaya, mempunyai syarikat, kulitnya agak gelap hitam manis, dan badannya juga bersaiz berisi. Tetapi perwatakannya yang agak manis dan romantik serta dapat memikat hati wanita. Walaupun begitu, Pak Meon seorang yang adil dalam bermadu isteri, kerana memberi nafkah kepada isteri-isterinya. Contohnya, dia memberi kepada isteri yang pertama sebanyak kebun sebesar 2 ekar, rumah berhawa dingin dan kereta yang besar. Manakala kepada isteri kedua pula, mendapat rumah yang besar dengan berpagar elektrik dan mempunyai kereta yang mahal iaitu mini cooper. Justeru itu, menampakkan Pak Meon ini seorang yang sangat kaya raya serta berdarjat tinggi. 


   Tambahan lagi, watak pembantu lain yang saya sangat sukai iaitu watak emak tirinya Peah, Mama Khatty seorang yang mengikut arus pemodenan seperti di dalam sesuatu babak kata-kata Mak Moon yang hanya memerli madunya Mama Khatty. Watak Mama Khatty seorang bergaya dan yang selalu berlagak dengan pakaiannya sangat meriah menonjol dengan gaun yang berkilat-kilat macam datin yang kaya itu juga tidak mengecewakan penonton. Selain itu, boleh dilihat dia seorang suka menunjuk-nunjuk apabila semasa Seman dan Peah mahu berkahwin, dia meminta kepada Seman hantaran yang mahal kerana mahu membuat majlis yang terlalu melebih-lebih.   Perwatakannya juga kelakar apabila suka bergaduh dengan madunya Mak Moon dan juga dia suka merajuk manja. Watak Mak Moon pula, seorang wanita yang sudah berusia kerana boleh dilihat kedutnya melalui solekannya serta pemakaiannya baju kurung lama. Dia juga seorang yang nampak tegas dan nampak kasar sedikit bila bergaduh bersama Mama Khatty. Lakonan dan suaranya pada saya adalah yang menjadi Mama Khatty memang memberi momentum yang sangat baik dalam tenaga lakonannya.

    Watak sampingan lain, Rock a.k.a Rokiah iaitu kawan kepada Peah, isteri kepada Jamil kawannya Seman dan perwatakan seorang wanita yang ganas, kasar ataupun mempunyai ciri-ciri rock, dan percakapannya macam tomboy. Tetapi dia juga kelakar bila bersama peah, mereka suka membahan Salmah kerana Salmah seorang janda. Watak Salmah adalah seorang janda berhias, memakai baju kebaya nyonya merah yang cantik dan juga kadang-kadang kelihatan gedik. Seterusnya, watak-watak sampingan lain yang berjaya dan menarik pada pandangan saya adalah Inspektor Sahab dan Sarjan Praktikal. Mereka berdua adalah polis sangat kelakar seperti pelawak. Contohnya, percakapan mereka kelihatan kelakar disebabkan suara mereka yang dibuat-buat sedikit agak pelik. Mereka berdua ini perwatakannya seperti membawa genre satira. Contohnya, trademark mereka adalah " mesej, cepat, dan betul" di ulang-ulang menjadi kelakar. Watak yang terakhir yang boleh saya lihat sedikit saja di dalam teater ini mungkin cumanya pelakon tambahan saja adalah Jamil iaitu suami kepada Rokiah serta rakan sekerja Seman yang juga terlibat apabila permasalahan rumah tangga Seman dan Peah, dia juga mengalami masalah yang sama dengan Rokiah yang mecuriganya juga.

   Penceritaan ataupun plot tiada mempunyai masalah untuk faham sebab cerita sebuah rumah tangga Seman dan Peah ni memang sudah ada gaya macam dalam masyarakat kita sekarang dan cerita tentang suami mahu berkahwin satu lagi memang kisah ini dari dulu lagi seperti cerita P.Ramlee iaitu Madu Tiga. Walaubagaimanapun cerita ini nampak segar suasananya dengan adanya lawak dalam lakonan walaupun isu yang digunakan adalah kitar semula pasal kahwin satu lagi. Saya rasa banyak lagi yg boleh diselitkan dalam agenda-agenda supaya penceritaan lebih dramatik. Satu yang jelas tentang rasa kekuatan cinta antara Seman dan Peah itu. Selain itu, mainan cinta yang diberikan punya cukup keserasian dan kelakar. Contohnya, Seman juga bermain cinta dengan menggunakan ayat-ayat cinta seperti “punchline” zaman sekarang contohnya “dunia tak berhenti berputar, sebabnya xnak aku berhenti mencintamu”.  Plot atau kesinambungan dari satu babak ke satu babak berjaya disampaikan dan penceritaan yang disampaikan dengan baik. Ini kerana semuanya agenda babak-babak cerita dan babak imbas kembali juga hanya berlaku di ruang tamu rumah Peah untuk kesinambungan dari satu babak ke satu babak. Babak Seman menghalang Peah ditangkap memberi kesan bukti kepada penonton sebab kekuatan cinta itu. 

        

    Dari segi kostum tidak banyak sangat pun yang boleh ditonjolkan hanya pada watak Seman dan Peah, Pak Meon, Mama Khatty, Mak Moon, Cik Salmah, Rokiah dan juga kumpulannya serta kustom para penari. Watak semuanya kostum pakaian mengikut kebiasaan berkaitan dengan watak masing-masing. Kostum paling menarik pada aku juga dimenangi oleh watak Mama Khatty dengan pakaian  memang menonjol seperti gaun merah terang berkilat dan memakai turban di atas kepala seperti menampakkan seperti pakaian ala-ala seorang datin yang mempunyai kekayaan itu..  Contohnya, di permulaan cerita pemakaian Peah yang agak keterlaluan tidak terurusnya berpakaian baju kelawar, rambutnya mengembang dan ada juga memakai bedak sejuk di muka. Dari awal permakaiannya tidak terurus hingga lah sampai pengakhiran cerita. Pakaian Cik Salmah pula sangat cantik kebaya yang dipakainya berwarna merah membuatnya kelihatan cantik dan ayu dengan kostum itu.Semuanya dapat kostum yang sesuai dan tidak lari dengan konsep cerita.

  Muzik dan lagu pementasan ini berkonsepkan lagu cinta zaman sekarang tapi intepretasi dari kumpulan muzik yang diberikan sangat rancak serta ada juga unsur-unsur dangdut dan bollywood. Lagu-lagu yang berunsurkan cinta yang sangat gemari dan dinikmati oleh generasi sekarang. Lagu-lagunya disusunkan oleh Pengarah Musiknya ialah Amiezan Syafiq. Contohnya, tajuk lagunya yang saya ingat ialah Terakhir, Pencuri Hati, Untuk Cinta, Janam Janam dinyanyikan oleh penyanyi musik band. Tapi intepretasi musik melayu yang masuk dengan latar belakang musik dan genre teater itu sendiri ringkas, sedap dan dapat memberi kesinambungan kisah rumah tangga yang kelakar. Lagu-lagunya merdu terutamanya lagu penyanyi perempuan iaitu Aidilla Shafifi menyanyi dan juga penyanyi lelaki yang tidak menonjolkan diri. Musiknya pula, sewaktu babak perkahwinan Seman dan Peah sangat meriah dan lagu di nyanyikan beramai oleh ahli kumpulan musik disitu itu menarik. Kedua-dua penyanyinya yang menyanyi tiada masalah dari segi nyanyian. Kesemua musik bagus kerana penonton begitu seronok melayannya. Tok Dalang juga menyanyi sangat baik juga pada setiap babak dia menglipurlara pada malam persembahan yang aku saksikannya. Peralatan musik yang terdapat dalam musik itu yang boleh saya lihat ialah keyboard, tiga gitar serta bass gitar, dan alat musik yang lain.
      
                 
     



   Dari segi koreografinya, nampak menarik dan koreografer sangat membantu serta para penari yang terdiri dari empat orang penari ataupun tiga orang penari dalam persembahan dengan bentuk badan setiap penari dengan pelbagai bentuk. Pergerakan tarian nampak kemas dan banyak gerakan goyang yang menarik. Tariannya mempunyai isi yang bertema moden, kontemporari, dangdut, arabic dan bollywood. Semua gerakan yang diberikan nampak bernyawa dengan penarinya memakai pakaian penari kostum arabic. Penutupan memang menerujakan menampakkan babak tarian dihimpunkan terlalu ramai pada akhir persembahan menjadikan pentas nampak sedikit semak tapi tidak menjadi gangguan kepada persembahan dan menjadikan meriah impak yang menarik. 

   Dari segi protokol, tenaga produksi bagus dalam memastikan teater itu berjalan dengan lancar kerana dapat menghasilkan pemandangan cerita yang menarik tetapi teknik percahayaan yang kurang memuaskan. Suasana semasa persembahan tarian ataupun penyanyi menyanyikan lagu yang menyebabkan mempunyai percahayaan agak terlalu terang dibuka untuk menunjukkan mereka tetapi telah menganggu mata penonton yang berada di bawah khemah tiap kali ada persembahan lagu, tarian serta juga tiap kali ada watak berdiri depan cermin ataupun luar rumah. Dibalik dari segi sinografi pula, ini yang paling menarik perhatian saya kerana selama beberapa teater yang saya lihat belum pernah ada penggunaan projector untuk menunjukkan skrin imbas kembali pesanan arwahnnya bapa Seman seperti itu. Pancaran projector pada cermin condong itu yang sinografer iaitu Muhammad Arif mengadakan seperti "holographic pepper's ghost illusion". Menarik kerana penggunaan dengan mengaplikasikan mixed media di pentas. Itu sudah menunjukkan sinografer yang berbakat terserlah dan juga menerima anugerah sinografi terbaik di Maljis Anugerah Karyaone.

   Kalau dari segi prop dan set, dilihat kepada set sedikit unsur-unsur absurb ada tapi setnya nampak realistik juga sedikit. Berdasarkan latar tempat diatas pentas memang produksi tidak memerlukan bajet besar rasanya. Contohnya, di atas pentas hanya menunjukkan set ruang tamu rumah Seman dan Peah, walaupun cuma itu tapi digunakan sepenuhnya, tidak kelihatan sempit sekalipun ruangnya yang amat terhad. Selain itu, skala pentas begitu kecil, sehingga penggunaan belakang pentas dan di tepi pentas dapat kita lihat. Contohnya, pandangan terganggu untuk fokus menonton persembahan teater kerana laluan keluar masuk belakang pentas oleh pelakonnya. Saya begitu kecewa dan mengharapkan produksi ini memberikan sesuatu yang lebih baik lagi. Walaupun saya memahami tempat di Black Box itu adalah sedikit kecil, malah saya menjangka sesuatu yang lebih besar juga seperti pementasan ini harus di persembahkan di ruang lebih besar. 
   
   Tetapi dari segi promosi dan pamasarannya nampak menarik perhatian juga walaupun dalam gambar poster boleh dilihat di tiket tersebut yang terdapat gambar Seman dan Peah yang agak kelakar. Didalam tiket tersebut, walaupun gambar poster seperti genre komedi cinta gaya Peah yang memegang pisau membuatkan untuk penonton penuh tanda tanya tentang ceritanya.Warna tiket itu pula memainkan peranan juga begitu cantik kerana menggunakan warna yang cerah dan terang iaitu latar belakang poster itu berwarna biru dan corak yang cantik. Ini menjadikan teknik pemasaran begitu baik juga untuk persembahan teater itu selama tiga hari itu menjadi berjaya menarik perhatian penonton untuk menontonnya. 


   Kesimpulannya, namun tahniah kepada produksi dan pelajar-pelajar serta yang terbabit kerana berusaha membawa teater ini. Saya rasa ia satu pementasan yang berjaya. Walaupun ada sedikit kelemahan yang saya mempamerkan tapi kalau dilihat sahaja pada pementasan itu boleh diterima masih menghiburkan untuk ditonton. Saya rasa tenaga penonton juga kuat kerana kebanyakkan terdiri dari pelajar dari fakulti teater, filem dan animasi yang begitu menyukaikan persembahan itu. Saya dapat memahami jalan cerita yang menarik. Ketidakpuasaan hati disebabkan perselisihan faham, marah pada sesuatu yang tidak dapat dikawal oleh keadaan yang boleh membuatkan sedih, kelakar dan gembira seperti merasakan permasalahan yang dilalui oleh rumah tangga Seman dan Peah. Bagi saya, bukan mudah menghasilkan pementasan teater yang terdiri dari kerjasama para pelakon dan menghasilkan mimik muka mengikut watak masing-masing. Justeru itu, saya simpulkan bahawa apa yang disajikan kepada penonton-penonton pada malam itu adalah hasil kerja keras semua krew bahagian, set, prop, kostum, percahayaan, susunan musik, promosi dan pamasaran serta para barisan pelakon yang memahami watak masing-masing dan berjaya melakukan dengan baik.        




StoriesBuburnLove