CERMIN DARI AYAH - (Creative Composition)

01:09

“ CERMIN DARI AYAH ”
Creative Composition By FrhHidayu
(Diinsipirasi dari movie lama dan diolah)


SUASANA pagi yang langitnya mula mencerah, air laut di Pantai Timur Sabah yang tenang membasahi di setiap tiang- tiang dibawah rumah-rumah di penempatan perkampungan orang kampung kaum Bajau itu. Kelihatan Aisah dan Jomar mula menaiki sampan hanya berdua pergi ke rumah seorang bomoh tanpa pengetahuan emaknya.


   Keadaan usang di sebuah rumah, Pak Ya yang berjanggut putih dikepalanya berlilit kain pelikat, mulutnya mengumang-gamit membaca kalimat jampi semasa menutup cermin ke atas segelas air putih kosong, terus memberikan kepada Aisah yang duduk bersila dihadapannya. 

  Cermin itu adalah pemberian ayah Aisah kepadanya. Aisah masih mengharapkan petunjuk tentang ayahnya seorang nelayan yang hilang sudah 3 bulan di lautan semasa pergi menangkap ikan. Dia memandang ke dalam permukaan cermin itu, tetapi hanya memantulkan rupa wajahnya yang muram serta sedikit kurus dan kecil itu.  

  “Kelihatan tidak?” kata Jomar sambil memerhatikan Aisah hanya memberi reaksi mengeleng kepalanya. 

  “Sudah terlalu terang sehingga tidak terlihat” kata Pak Ya melihat muka Aisah yang kasihan itu. Aisah adalah seorang budak perempuan miskin yang masih kecil baru kehilangan ayah yang menjadi tempat pengantungnya. Sekarang Aisah hanya tinggal bersama ibunya di rumahnya.

   Aisah duduk terdiam dan hanya menundung ke arah cermin. 
   
  “Sabarlah kita cuba lagi” kata Pak Ya yang mengasihankan Asiah lagi terus muram. 

  “Aku sudah tidak sabar” teriak Aisah tiba-tiba. “Aku ingin mencari tahu dimana ayahku!” teriak keras Aisah lagi kepada Pak Ya. 

   Jomar terus langkas bangun pergi menepuk perlahan di belakang badan Aisah. “Ayuh kita pulang.” Jomar mengajak pulang kerana kasihan pada sahabatnya Aisah. 
“Kau pulang dulu..” kata Aisah kepada Jomar mahu pulang. “Aku nak pergi ke tempat lain dulu” Aisah terus melangkah keluar dari rumah Pak Ya itu. 

  Jomar memerhati Aisah yang berjalan pergi semakin jauh dan hilang dari pandangannya. Dia pun terus pulang dengan sampannya tanpa berkata apa-apa. Jomar adalah seorang budak lelaki yang berkawan baik dengan Asiah dan hanya menurut segala kata Aisah kerana dia menaruh hati kepada sahabatnya yang hanya tinggal sebelahan rumah. Fikirannya masih mematut-matut tentang diri Aisah. Hatinya berkata Aisah tidak akan menemui ayahnya dengan hanya mengusung cermin itu kerana sudah hilang sudah cukup masa yang lama serta segala usahanya adalah sia-sia saja walaupun setiap kali percarian ayah Asiah, dia tetap membantu Asiah. 
  

   Dipersisiran di pinggir pantai, Aisah berdiri tegak sambil memancarkan pantulan cermin ke arah pantai. Dia mengharapkan pantulan gambaran kelibat ayahnya akan ada di cermin itu. Ayahnya dulu selalu menceritakan padanya kisah dongeng tentang sebuah cermin besar yang membawa harapan sehingga dia tertidur. 


  “Aisah, dari mana saja kau?” teriak Jomar tersempak dengan Aisah yang sedang berjalan pulang kerumahnya. “Emakmu mencari-carimu” teriak Jomar lagi kepada Aisah yang tidak mempedulikannya. 

  Aisah tidak menyahut. Dia berjalan terus menuju masuk ke rumahnya tanpa mempedulikan Jomar. Kaki Aisah terus melangkah cepat-cepat. 

   “Aisah . . .!” jerit Salmah dari dapur terus menuju ke arah Aisah. “Dari mana saja kau ni?” soalan yang sama diteriak oleh Salmah seperti Jomar tadi. “Apalagi ini? Buanglah bosan emak” merungut Salmah sambil membuang cermin yang tergantung di leher Aisah. “Pergi mandi di sana!” desak Salmah. Dia memberikan tuala kepada Aisah. 

    Aisah terus pergi ke belakang tanpa berkata apa-apa.


    Di permukaan lantai papan rumah di ruang belakang luar rumah, ada tempayan yang berisi air di sebelah Salmah yang sedang duduk di kerusi kecil sambil menggunakan air perahan santan kelapa mengusap-gusap rambut Aisah yang duduk dihadapannya. 

   “Kau buat apa lagi di rumah Pak Ya” tanya Salmah kepada Asiah. “Kau jangan asyik terus dengan cermin itu” kata Salmah lagi sambil merapatkan dirinya dengan Aisah. “Kau tidak dengarkah?” Salmah keraskan suaranya kerana tidak diperdulikan Aisah.  

   Aisah tidak menyahut. Dia hanya diam mendengar dengan riak mukanya yang masam saja.

    “Cermin itu diberikan oleh ayahmu supaya kau menjadi dewasa” kata Salmah lemah. “Bukan menjadi seperti budak kecil saja” tambah Salmah mengingatkan anaknya. “Kau masih sering pergi ke rumah Pak Ya?” tanya Salmah sambil menyiram secebok air ke atas kepalanya Aisah.

    Aisah terus bangun mencapai tualanya di penghadang daun nipah di luar rumahnya.

    “Hei. . .!” jerit Salmah sambil mendongak ke langit dengan wajah hampa. 
Aisah tidak peduli apa. Kakinya terus melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan ibunya. 
    
   Tinggallah Salmah seorang diri sahaja di luar rumah. Perasaannya berasa sungguh hampa dengan tindakan anaknya itu. Dia hanya menginginkan anaknya itu redha dengan kepergian ayahnya tu, sebagaimana dia sudah menganggap suaminya itu sudah meninggal dunia. 


   Di dalam kelas, Jomar dan sekumpulan kawan-kawan sekelasnya sedang membuat kerja sekolah. Asiah hanya ketiduran duduk di kerusinya.

  “Berilah aku memiliki harga diri dalam kehidupan seharian. . seperti. .” Jomar membaca dengan kuat untuk mengejutkan Aisah yang ketiduran duduk disebelahnya. “Aisah..bangun” Jomar membisik deras sambil mengocangkan tangan Asiah.
   
   “Hish..” Aisah merungut lalu menepis tangan Jomar dengan matanya masih tertutup.

   “Suka hati kaulah, biar dimarahi cikgu” kata Jomar sambil meneruskan lagi kerja sekolahnya. “Menjelaskan bahawa setiap orang…” Jomar membaca dengan nada yang kuat lagi.

   “Semua sudah siap?” teriak suara seorang guru perempuan kepada semua murid di dalam kelas.

  “Sudah, cikgu….” teriak semua murid didalam kelas kecuali Aisah yang masih ketiduran itu.
   
   “Aisah . . .!” teriak guru itu melihat ke arah Aisah yang lagi tidur.
    
    Aisah tersedar lalu mengosok-gosok matanya. Dia melihat ke arah guru itu.
  
   “Kau tidur saja. .Keluar kau dari kelas! Duduk diluar!” teriak guru itu dengan nada yang marah.
    
    Lalu Aisah bangun dari kerusinya pergi ke luar kelas. 


   Permandangan menghadap laut yang terbentang luas,angin kelihatan kencang memukul bayu laut, satu kerusi kayu panjang ditepi dinding luar kelas. Kelihatan Aisah duduk diatas kerusi itu fikirannya melayang sambil termenung memandang ke arah laut. Tangan kanannya Aisah menepuk-nepuk permukaan sebelah kerusinya menghasilkan bunyi dibawa mengikuti bunyi angin deras dilautan. 

  “Ayah cakap setiap angin yang menghembus, selalu membawa khabar, setiap kali ayah pergi, aku akan menunggu khabar angin, tempat di mana ia menghembus, tapi kini angin berputar tidak menentu, ia berpindah mencari dunia, kemana angin-angin itu membawa khabar ayah, aku tidak mengerti. . .” Aisah bermonolog teringat kata-kata ayahnya yang bermain didalam lamunan fikirannya ketika dibuai angin memukul lembut helaian rambutnya yang lurus dan halus itu.



   Setelah Aisah pulang ke rumah, Salmah yang sedang melipat baju. 
   
  “Kau buat apa tadi di sekolah tadi?” tanya Salmah lantas melihat anaknya pulang dari sekolah. 

   Aisah diam saja. Terus berjalan ke dapur. 

   “Kau patut belajar di sekolah, bukan asyik tidur je.” Teriak Salmah pada anaknya di dapur. “Cikgu kau sudah mengadu pada emak yang kau selalu tidur saja di kelas, kau tahu main saja, bila kau nak pandai?, Belajar dari cikgu itu mereka adalah orang pandai dari kita” mebebel panjang Salmah kepada anaknya itu. 

    “Ah, ayah adalah lebih pandai Mak! Teriak keras Aisah kepada emaknya. 

    “Sudah lah kau, Aisah!” teriak balas dari Salmah kepada anaknya. “Hari ini mak mendapatkan laporan kau mencuri ikan lagi dari ibunya Jomar” 

     “Tidak Mak” kata Aisah dengan mukanya serba takut. 

    “Bohong! Tidak baik kau membohong, semua orang kampung memberitahu emak, bahawa mereka selaulu menyaksikan kau mencurinya” kata Salmah dengan tegas kerana sangat marah dengan perbuatan yang dilakukan oleh anaknya itu.

   “Emak hanya mahu percaya orang lain saja, sudahlah…” merungut Aisah kepada emaknya tanpa mengaku memang itu adalah perbuatannya.. Aisah terus pergi meninggalkan emaknya diruang tamu.

    Pada suasana waktu makan malam dirumah Aisah, kelihatan hanya beberapa tudung saji makanan yang dihidang di tengah-tengah rumah dibawah lantai.

   “Aisah mari kau kesini makan” jerit Salmah memanggil anaknya di bilik untukmakan malam.

   “Lauk apa hari ini emak ?” tanya Aisah kepada emaknya sambil membuka tudung saji di bawah lantai.
  
   “Hanya lauk ikan dari sisa diberi oleh Ibunya Jomar, kau makanlah dulu” 

   “Ikan kecil ini seharusnya ada di laut Mak!” teriak Aisah.
  
  “Sudahlah Aisah!” kata Salmah dengan nada perlahan. “Emak tidak mampu membeli ikan..itupun sisa dari jualan ibunya Jomar.” dengan nada yang sangat sedih. 

   “Ayah cakap ikan yang masih kecil tidak boleh dimakan mak! Mereka harus membesar dulu” teriak Aisah kepada emaknya. 

   “Sudahlah kau! Jangan kau terus bercakap cerita mengarut ayahmu itu. Lebih baik kau bantu dulu emak, kau periksa ikatan perahumu juga kena diketatkan, nanti terbawa ombak besar. Tempat tidur kau punya juga harus kau kemaskan!, kau kena buat semuanya sendiri " Salmah menyuruh Aisah. 
    
    Aisah melarikan diri meninggalkan emaknya dan makanannya di situ.


   Aisah duduk diluar luar depan rumah atas papan. Di selimut berbalut badannya dengan kain ayahnya itu dan lehernya tergantung cermin ayahnya itu. 

   “Dulu ayah selalu memanggilku si ikan kecil, setiap kali ia akan mengembalikan ikan kecil hasil tangkapannya lalu ia mencerita tentang perjalanan ikan, tentang bagaimana ikan-ikan kecil itu pergi menjelajahi dunia sampai mereka tumbuh besar, ayah ingin aku boleh bebas seperti ikan-ikan itu , bebas melihat dunia bebas untuk tumbuh besar.” Aisah bermonolog.

   “Kenapa kau belum tidur ?” tanya Jomar sambil bermain burungnya itu dihadapan rumah. “Seperti burungku saja yang tidak tidur.”
    
    “Aku susah nak tidur jawab Aisah 

   “Kalau di sekolah kau selalu tidur kerana itu kau selalu dihukum. HAHAHAHAHA” gelak besar Jomar mentetawakan Aisah setelah mengejeknya. 

    Aisah turut tertawa. “Sudahlah Jomar” kata Aisah

    “Memang kenapa kalau aku terus ketawa” kata Jomar.
    
    “Bising saja kau tu” balas Aisah.

    “Ah! Tidur sana! Jangan seperti ular yang meliur saja.” kata Jomar.

    “Kau pernah bermimpi ?” Aisah bertanya.

    “Aku pernah bermimpi menjadi penyu tahu ?” kata Jomar yang berangan-angan.

    “Jadi penyu ?” tanya Aisah lagi.

    Sungguh tidak percaya hebat, boleh membawa rumahnya ke mana sahaja. . . kata Jomar yang beria menceritakan angan-angannya.

   “Oh, kemudian kalau boleh bawa rumahnya kemana saja, kau mahu kemana?” Aisah menanya Jomar kerana perasaan ingin tahu.
    
    “Aku mahu berlayar jauh.. akan saya bangunkan rumah impianku. .rumahnya besar, halamannya juga luas. .” kata Jomar.

    “Kau bodoh sekali, Jomar. Rumah itu kan pentingnya ade ayah, emak dan anak, buat apa punya rumah besar, kalau tiada isinya”

     “Ah, biarkanlah.” kata Jomar. “Daripada seperti kau mimpikan ombak.”

    “Dongeng ayah selalu membawaku ke dalam mimpi, tapi ombak selalu datang ke dalam mimpiku saat ini, ombak itu semakin tinggi menyelumuti kehidupan di bawahnya, aku benci tidur, benci mimpi.” Aisah bermonolog sedirian sehingga tertiduran di luar rumah setelah ditinggalkan oleh Jomar.



   Keesokan awal pagi, Salmah yang sedang memakai bedak menggunakan cermin itu, tiba-tiba Aisah merampasnya dengan pantas membuatkan Salmah terkejut.

    “Apa lagi kau mahukan dari cermin itu?” kata Salmah kepada anaknya. 

    “Ayah” nada Aisah yang perlahan.

    “Laut itu kejam Aisah! Apa pun akan terjadi pada ayahmu! Jangan kau ingat-ingat dia lagi!” teriak Salmah pada anaknya sambil membaling dengan kuat cermin itu sehingga pecah ke atas lantai. 

    “Mak bohong” teriak Aisah dengan kuat. “ Ayah masih hidup bagiku! Aku mahu cari ayah! Mak sudah tidak mahu ingat sama pada ayah lagi” teriak Aisah sambil mengutip sepirhan kaca-kaca cermin yang pecah itu. Tangannya terluka akibat serpihan tajam kaca-kaca cermin itu. 

   “Ini bukan maksud mak, Aisah” nada yang lemah sambil memegang tangan Aisah yang luka itu. “Cermin itu memang pemberian ayahmu, tapi dia akan sedih kalau kau menjadi bodoh kerena cermin itu” pujuk Salmah. Dia bukannya nak melukakan hati Aisah sebagaimana tangan Aisah yang terluka, tetapi dia hanya nak menyedarkan anaknya

   Aisah hanya diam dan menolak tangan emaknya terus keluar pergi dari rumah tanpa toleh ke arah emaknya.


   Hujan mulai turun rintik-rintik. Aisah terbaring di pinggir laut diiringi deru ombak. Dia masih mengharapkan ayahnya pulang. Walaupun harapannya itu sudah hancur seperti cerminnya yang pecah. 
   
  “Pasang air dan surut laut akan membawa perubahan, semua akan berubah laut berubah maka hati manusia turut telah berubah.” Aisah mengingati kata-kata ayahnya dengan hatinya yang sayu. 

   Serpihan-serpihan kaca cermin yang pecah telah dikutip Aisah yang dibawanya ke pinggir laut itu. Asiah masih menyusunnya di atas bingkai cermin itu membuatkan jari-jarinya mengalirkan darah seperti air mata bercucuran serta bumi yang dibasahi air hujan. Dia sangat menyayangi cermin itu ibarat perasaannya yang sangat menyayangi dan merindui ayahnya. Walaupun cermin itu sudah pecah tapi Aisah tetap mencantumkan semula dengan menampal serpihan kaca itu. Setelah itu, Aisah memantulkan cermin itu di tepi laut seperti yang dia selalu lakukan setiap hari selepas kejadian kehilangan ayahnya itu. 

   Aisah tersenyum. Dalam sekilas bayangan kabur tergambar di cermin yang sudah retak itu telah membuatkan dirinya tersenyum kerana wajah ayahnya yang tertunggu tiba- tiba muncul di cermin itu. Ini adalah harapan yang selalu dia inginkannya. Aisah menghanyutkan setiap serpihan cermin itu ke dalam laut untuk meneruskan kehidupannya setelah hatinya terdetik menerima keadaan itu dengan reda bahawa ayah memang sudah tiada. Walaupun serpihan itu pergi terus hanyut dilaut seperti bagaimana ayahnya yang sudah hanyut tiada khabar lagi tetapi hati akan terus merinduikannya. Tiada penyesalan dalam hatinya tetapi perasaannya merasa bahagia seketika itu. 


The END.

StoriesBuburnLove