My first experience travel with friends, iaitu PULAU PERHENTIAN. Let's start, percutian dirancang bertujuh tapi apakan daya BerEMPAT je mampu. Bak Kata "Janji Melayu" hahah ops...
Kami yang acah-acah Backpacker pun menjejaki ke Pulau Perhentian, iyolahhh kami bawak beg galas semata. Takkan nak bawak Beg roda tarik tu kot naik bot lagipun pi pun 3D2N je. Feeling holiday dgn kawan2 best sgt weih banyak memories. Actually aku dh penah melancong dgn kawan2 tapi dekat je ke Pulau Pangkor (--> see post pangkor holiday).
Info : Pulau Perhentian yang mana merupakan top 5 pulau tercantik di Malaysia.
Malam tu gigih naik bas dari Klang station Bas sbb kami kan student UITM PALAM, menaiki Sani Ekspress ke Kuala Besut. Tiket bas hanya berharga RM50 sehala. Kami berempat ambil bas jam 11 malam, kononnya plan nak sampai di Kuala Besut subuh hari maka boleh lah naik boat paling awal ye dak?
First day, sesudah sampai di Terminal Bas Kuala Besut, terus kami menuju ke Surau berdekatan Terminal Bas di Pekan Kuala Besut, Terengganu lepas tu sarapan di Jeti Kuala Besut. Kira-kira jam 8 pagi, baru jumpa wakil dari kakak pakej yg kami book tu bagi ticket boat. Terus naik Boat Belalang ke Perhentian Kecil. Sampai je terus masing keletihan sebab perjalanan jauh, lepak depan kedai makan je la tunggu waktu check-in pukul 12tengahari. Then lepas check in je, petang tu apa lagi takkan lepak dlm bilik je kan tak travel lah mcm tu jalan-jalan tepi pantai menghirup angin pantai. Malam ingat nak melepak dekat fire tu tapi alahai hujan pulak, so makan manggie je mampu, kami xbawa hitter so pi kat kedai makan tu minta air panas utk maggie, nasib or kedai baik hati bagi air panas free je. So melepak je la kami dlm bilik dgn line fone xda, wifi pun xda agak sedih juga lah.
Second day, hari yang mungkin penat sikit sebab bersnorkeling. Awal pagi bersnorkeling smpai tengahari je. Masa mula2 nak snorkeling pun macam nak hujan tapi renyai renyai je misi snorkeling dpt diteruskan walaupun kami dapat rasakan masa dalam air tu gelora ombak dia agak teras kuat jugak lah tapi takpa nasib ada yg guard kiteorg mase snorkeling. Paling best tempat banyak ikan ni, check point ikan nemo kot rasanya. Boleh bagi makan tapi sediakan sebuku roti tau! baru best tengok ikan kerumun kat korang nanti.
Check point shark pun best jugak, bukan ikan kecil je shark pun dpat tgok tapi korang kene beranikan diri lah hahaah gurau je ikan ni semua jinak jinak tak makan orang punya InsyaALLAH. Petang macam biasa round satu pulau tu lahhh menikmati suasana senja yang canik kat situ, nasib aku bawak camera alang alang shoot untuk subject photography sekali lah.
Third day, sedih nak balik naik boat pagi tu. Kami kene beli tiket bas balik dah. sementara tunggu bas bertolak lepas kat station bas lah. Sebelum balik tu jangan lupa makan nasi dagang fav tuu baru rasa duk ganuu.
Weather tak menentu sangat disebabkan time kiteorg pi dah nak dekat waktu terkujuh. Buat pengetahuan korang, Pulau Perhentian selalunya ditutup pada bulan November (Musim Terkujuh) dan akan dibuka March. Tapi pulau masih tak tutup lagi masa tu, so sempat lah kami book package (boleh tengok pakej dekat ig ni iaitu @pulauperhentiantermurah). seperti gambar dibawah ...
Actually sangat untung dan berbaloi sebenarnya amik pakej sebab satu kita tak perlu pening-pening call satu2 hotel or chalet,snorkeling, boat dan makan. Aku amik pakej bajet ja iaitu Rm210 termasuk boat pergi balik, chalet 3 hari 2 malam, dan snorkeling. Aku cadangkan yang nak amik pakej amik sekali makan sebabnya makanan dekat tempat perlancongan kebanyyakan mahal dan cekik darah sikit. Bayangkan nasi goreng hari-hari makan kedai Thai tu bole dapat Rm5 tapi kat sini kebanyakkan RM11. Kalau sekali makan dah selamat dan tak payah pikir sekali bbq sekali tau ! Sepanjang dekat sana, kami hanya makan 2 kali makan nasi tu pun waktu lunch ja malam banyak melantak makan maggi dan milo. Sila bekalkan paket maggie, milo dan snack (sangat memerlukan waktu terdesak utk BACKPACKER !!) haha

So let check it out... short video for u guyss.
Bila agaknya boleh repeat ni ! Pulau i rindu... Bye!