Muzium Taiping museum tertua

05:15

 Muzium Taiping 

   Inilah Muzium Taiping Perak. Cantik kan bangunan dia. Dibina pada tahun 1886.


Hi Kome sekalian! sbagai anak jati menentap di taiping, Perak memang sis selalu sangat la melawat Muzium Perak. Lets talk about some info about Museum Taiping. 

Sumber info dari internet ,

Muzium Perak yang terletak di Taiping, Perak adalah merupakan muzium pertama di Malaysia. Ia telah dibina oleh Kerajaan British pada tahun 1883, yang diasaskan oleh Sir Hugh Low yang merupakan Residen British di Perak ketika itu.

Ia merupakan antara pembinaan bersejarah selepas Perjanjian Pangkor dimeterai pada tahun 1874. Selepas penubuhan muzium ini, pihak British telah membina dua lagi muzium iaitu Muzium Sarawak di Kuching pada tahun 1888 dan kemudiannya Muzium Selangor pada tahun 1899.

By the way, masuk dalam ni berbayar tapi tidak la begitu mahal. 

Harga Tiket
Dewasa dengan pemegang Mykad : RM 2.00
Pelajar sekolah menengah tidak berpakaian seragam : RM 2.00
Kanak-kanak dengan pemegang Mykid : Percuma
Warga emas dan OKU : RM 1.00
Ahli Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM) : Percuma

Ticket Prices
Adult : RM 5.00

Children age 6-12 years : RM 2.00

Untuk maklumat lanjut boleh ke http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-perak

let's check out my photography of architecture this museum. 

 

  

   

   


Nak tengok sikit apa ada kat dalam? ----> see next post of Taiping Museum part 2

Merpati Putih, Jelajahilah Dunia Ini (PUISI ANALISA)

01:39

 Merpati Putih, Jelajahilah Dunia Ini ~ Usman Awang

Dalam keruncingan manusia bimbang curiga 
terbanglah ia menjelajahi dunia 
putih sayapnya melambai cinta damai 
bersih bulunya mengibar panji hidup bersama

Merpati putih, jelajahlah dunia ini 
hembuskanlah udara baru yang kau hirup dari malam 
bunga-bunga mekar menguntum 
bibir-bibir segar tersenyum

Siapa manusia yang tiada ptus ada 
hiruplah udara baru yang segar berkembang 
isilah dunia ini dengan keyakinan perdamaian 
hembuskan nafas pada malam yang lena

Siapa manusia yang pernah berkhianat 
jadilah debu yang terbang mengakhiri hayat 
duniamu tenggelam bersama patung-patung usang 
di cermin hidup ini wajahmu telah menghilang


Best kan Puisi ni, ada maksud tersirat dan tersurat. so mari lah baca analysis oleh saya. 

Puisi Analisa

Puisi "Merpati Putih, Jelajahilah Dunia Ini" oleh Usman Awang menggambarkan keadaan mereka sebagai pejuang di negerinya, tetapi telah berusaha mencari keamanan. Selain itu, dia masih memberi inspirasi kepada negaranya. Selepas itu, dia mendapat rasa yang baru, dan memberikan kegembiraan kepadanya. Oleh itu, setiap manusia telah mengalami keputusasaan, tetapi dengan suasana keyakinan baru dapat meneruskan kehidupan yang baik. Orang yang mengkhianati orang lain akan menerima penamat mereka dengan keadaan sedih.

Permulaan dari dwi tujuan pertama puisi adalah untuk menjelaskan tentang kebebasan yang dibawa ke keadaan damai. Seterusnya, jelaskan maksud fungsi kedua, cari kebebasan untuk dibawa balik ke negara yang akan membawa kegembiraan kepada orang ramai. Potret berganda ketiga jika kita hampir berputus asa cuba bangkit kembali untuk mencari kejayaan. Akhirnya, ungkapan yang terakhir akan menyedihkan penyesalan yang kami lakukan dan membetulkannya supaya kami dapat melihat laluan sebenar.

Tema utama semangat pejuang kebebasan dalam mencari negara tercinta kita dan membuat perubahan. Sementara itu, tema Sub diregangkan sentiasa memberi kegembiraan kepada negaranya. Berdasarkan pandangan peribadi saya, saya berasa bangga dengan semangat pertempuran adalah sangat penting kerana dalam hal apapun yang melibatkan negara kita sendiri. Kita memerlukan penghargaan patriotik tentang kemerdekaan negara dan menunjukkan kesungguhannya.

Dalam pengalaman saya, saya telah membuat sesuatu yang menghadapi kegagalan, contohnya dalam peperiksaan akademik, saya melakukan usaha yang penting, namun saya masih mendapat kegagalan dalam subjek. Tetapi saya tidak pernah menyerah untuk terus berusaha kerana jika anda mahu perubahan dalam hidup anda memerlukan semangat. Walaupun kita mengalami kesusahan, kita tidak perlu berputus asa untuk selama-lamanya tetapi harus bangkit dari kegagalan untuk terus hidup yang berjaya dan menyeronokkan. Sifat terdesak wujud dalam setiap manusia, tetapi ia juga memberi kesan kepada semangat serta kepada kita. Salah satu cara untuk berbuat baik, kita harus sedar kesilapan yang kita lakukan dan cuba untuk memperbaikinya.

Sebagai kesimpulan, puisi ini boleh menyebabkan hati yang berani dan semangat yang baik di dalam diri kita. Lebih-lebih lagi, Usman Awang telah dibentuk untuk menolaknya untuk memberi perhatian kepada orang-orang dengan mesej melalui puisi ini. Justeru itu, puisi ini juga boleh memberi impak besar.

Perhentian Backpackers

05:02

HAI ! WELCOME TO MY TRAVEL STORIES



My first experience travel with friends, iaitu PULAU PERHENTIAN. Let's start, percutian dirancang bertujuh tapi apakan daya BerEMPAT je mampu. Bak Kata "Janji Melayu" hahah ops... 

Kami yang acah-acah Backpacker pun menjejaki ke Pulau Perhentian, iyolahhh kami bawak beg galas semata. Takkan nak bawak Beg roda tarik tu kot naik bot lagipun pi pun 3D2N je. Feeling holiday dgn kawan2 best sgt weih banyak memories. Actually aku dh penah melancong dgn kawan2 tapi dekat je ke Pulau Pangkor (--> see post pangkor holiday).

Info : Pulau Perhentian yang mana merupakan top 5 pulau tercantik di Malaysia. 

Malam tu gigih naik bas dari Klang station Bas sbb kami kan student UITM PALAM, menaiki Sani Ekspress ke Kuala Besut. Tiket bas hanya berharga RM50 sehala. Kami berempat ambil bas jam 11 malam, kononnya plan nak sampai di Kuala Besut subuh hari maka boleh lah naik boat paling awal ye dak? 

First day, sesudah sampai di Terminal Bas Kuala Besut, terus kami menuju ke Surau berdekatan Terminal Bas di Pekan Kuala Besut, Terengganu lepas tu sarapan di Jeti Kuala Besut. Kira-kira jam 8 pagi, baru jumpa wakil dari kakak pakej yg kami book tu bagi ticket boat. Terus naik Boat Belalang ke Perhentian Kecil. Sampai je terus  masing keletihan sebab perjalanan jauh, lepak depan kedai makan je la tunggu waktu check-in pukul 12tengahari. Then lepas check in je, petang tu apa lagi takkan lepak dlm bilik je kan tak travel lah mcm tu jalan-jalan tepi pantai menghirup angin pantai. Malam ingat nak melepak dekat fire tu tapi alahai hujan pulak, so makan manggie je mampu, kami xbawa hitter so pi kat kedai makan tu minta air panas utk maggie, nasib or kedai baik hati bagi air panas free je. So melepak je la kami dlm bilik dgn line fone xda, wifi pun xda agak sedih juga lah. 

Second day, hari yang mungkin penat sikit sebab bersnorkeling. Awal pagi bersnorkeling smpai tengahari je. Masa mula2 nak snorkeling pun macam nak hujan tapi renyai renyai je misi snorkeling dpt diteruskan walaupun kami dapat rasakan masa dalam air tu gelora ombak dia agak teras kuat jugak lah tapi takpa nasib ada yg guard kiteorg mase snorkeling. Paling best tempat banyak ikan ni, check point ikan nemo kot rasanya. Boleh bagi makan tapi sediakan sebuku roti tau! baru best tengok ikan kerumun kat korang nanti.

Check point shark pun best jugak, bukan ikan kecil je shark pun dpat tgok tapi korang kene beranikan diri lah hahaah gurau je ikan ni semua jinak jinak tak makan orang punya InsyaALLAH. Petang macam biasa round satu pulau tu lahhh menikmati suasana senja yang canik kat situ, nasib aku bawak camera alang alang shoot untuk subject photography sekali lah. 

Third day, sedih nak balik naik boat pagi tu. Kami kene beli tiket bas balik dah. sementara tunggu bas bertolak lepas kat station bas lah. Sebelum balik tu jangan lupa makan nasi dagang fav tuu baru rasa duk ganuu. 

Weather tak menentu sangat disebabkan time kiteorg pi dah nak dekat waktu terkujuh. Buat pengetahuan korang, Pulau Perhentian selalunya ditutup pada bulan November (Musim Terkujuh) dan akan dibuka March. Tapi pulau masih tak tutup lagi masa tu, so sempat lah kami book package (boleh tengok pakej dekat ig ni iaitu @pulauperhentiantermurah). seperti gambar dibawah ... 



Actually sangat untung dan berbaloi sebenarnya amik pakej sebab satu kita tak perlu pening-pening call satu2 hotel or chalet,snorkeling, boat dan makan. Aku amik pakej bajet ja iaitu Rm210 termasuk boat pergi balik, chalet 3 hari 2 malam, dan snorkeling. Aku cadangkan yang nak amik pakej amik sekali makan sebabnya makanan dekat tempat perlancongan kebanyyakan mahal dan cekik darah sikit. Bayangkan nasi goreng hari-hari makan kedai Thai tu bole dapat Rm5 tapi kat sini kebanyakkan RM11. Kalau sekali makan dah selamat dan tak payah pikir sekali bbq sekali tau !  Sepanjang dekat sana, kami hanya makan 2 kali makan nasi tu pun waktu lunch ja malam banyak melantak makan maggi dan milo. Sila bekalkan paket maggie, milo dan snack (sangat memerlukan waktu terdesak utk BACKPACKER !!) haha


So let check it out... short video for u guyss. 

Bila agaknya boleh repeat ni ! Pulau i rindu... Bye!

StoriesBuburnLove