THEATER REVIEW ESSAY
Teater Musikal "Uda dan Dara"
By FrhHidayu
Okay gais jom sesi luahan review!
Hasil pemerhatian saya pergi menonton teater arahan oleh Mazlan Tahir di Dewan Seri Budiman UITM Shah Alam. Pada pendapat saya, dapat dilihat dalam cerita uda dan dara adalah tentang cinta yang dihalang oleh darjat dan kekayaan. Tentang lakonan mereka berdua adalah baik. Namun, watak Dara ialah seorang gadis terlalu yang hendak kahwin dengan Uda. Ketika menyebut Dara, saya menggambarkan dia membawa definasi sebenar gadis Melayu. Dara yang pemalu tingkah, langkahnya. Dara yang menuturkan kata dengan budi bahasa yang lembut. Dara yang menuturkan cinta dengan matanya dan menyembunyikan rasa di dalam dadanya. Tapi saya tidak menemuinya dalam Dara di teater ini. Contohnya, ketika Uda ingin mempersuntingkan Dara menjadi isterinya ditempat biasa mereka bermadu kasih, cara penerimaan Dara itu sungguhlah melebih-lebih lakonannya. Maksudnya, nampak terkinja-kinja mungkin. Saya rasa pelakon sebagai dara itu haruslah belajar bagaimana menjadi Dara sebagai gadis melayu. Tetapi, adegan merintih pada uda mati itu semua agak nampak menjadi dan dengan rakan-rakan kampung mengangkat mayat uda dari satu pergerakan ke pergerakan yang lain suasana emosi rasa sedih itu dapat dirasai.
Watak uda sangat tenggelam. Malah dalam teater ini saya tidak melihat betapa agungnya cinta Uda dan Dara. Seorang pemuda miskin yang begitu setia pada cinta, disenangi oleh seluruh kampung dan lelaki yang sanggup berkorban untuk cintanya. Namun hanya itu sahaja. Uda hanya bangkit kerana cintanya tertolak. Kalau cintanya tidak tertolak, mesti dia tidak mengamuk mahu perang. Jadi, Uda pejuang yang sedikit hiporkit. Sampai saya hairan, mengapa agaknya semua orang kampung menyanjung Uda, sedangkan kalau saya lihat Malim lagi berwibawa sedikit daripada si uda. Saya rasa dia agak berjaya membawakan watak Malim dengan agak baik. Mungkin karisma yang ada pada dirinya membuatkan watak itu tak jauh beza dengan personaliti hariannya. Saya rasa aura sebagai seorang pemuda yang berani, gagah serta seorang kawan baik kepada uda disenangi oleh seluruh kampung dan seorang yang mempunyai aura pahlawan. Sebab ada waktunya saya merasakan Malim lebih menonjol dari watak Uda. nampak lebih bervisi dan gagah orangnya. Malah Malim kelihatan lebih jelas pejuangan menentang penindasan di kampungnya daripada Uda yang hanya mati kerana cinta sahaja, berjuang kerana cinta yang tidak kesampaian. Malah kalau saya pengarah, saya beri sahaja watak Uda itu pada pelakon yang melakonkan watak Malim. Malah babak Uteh melawan Alang Bakhil itu lebih terkesan dengan bantuan Malim dan rakan-rakan silatnya.
Mujur-mujur sekali, watak-watak pembantu dalam teater ini seperti Uteh, Malim, Pak Long dan Mak Long, saya sangat suka sekali anda bergurindam. Sangat sedap dan merdu dan yang lain-lain membantu saya untuk kekal dalam mood menonton teater. Watak mak uda lakonan seakan menjadi walapun rupanya serta nampak masih kelihatan muda. Mak Uda dapat mengawal ekspresi untuk menjadi seorang wanita tua yang miskin sangat susah dan menjadi seorang yang sedih dengan kematian anaknya uda telah memberikan kesan juga. Selain itu, watak mak dara yang sombong dan berlagak itu juga tidak mengecewakan penonton. Sebab pergayaan mak dara memang bergaya seperti datin. Lakonan terbaik pada saya adalah yang menjadi alang bakhil memang memberi kekuatan yang sangat baik dalam tenaga lakonannya. Perwatakan jahatnya cukup berkesan dan memang terbaik. Penggunaan pentas yang bagus. Permainan tongkat tu semua memang memberi karakter yang jelas tentang alang bakhil. Selain itu, watak Uteh yang dipecahkan kepada tiga orang nampak relevannya mereka dalam pementasan ini. Pembawaan watak uteh di pentas amat baik dan menjadi.
Penceritaan ataupun plot tiada mempunyai masalah untuk faham sebab cerita uda dan dara ni memang sudah ada gaya macam dalam masyarakat kita dan cerita tentang dia kekasih yang lain darjat tidak mampu bersatu sebab kekangan keluarga yang mementingkan harta dan pangkat. Saya rasa banyak lagi yang boleh diselitkan dalam perwatakan supaya penceritaan lebih dramatik. Satu yang jelas tentang rasa kekuatan cinta antara uda dan dara itu.tapi mainan cinta yang diberikan samada tak punya keserasian atau pun ia tak ckup. Plot atau kesinambungan dari satu babak ke satu babak berjaya disampaikan dan penceritaan yang disampaikan dengan baik. Contohnya, sindiran mak si dara masa mak si uda datang merisik dan sindirin itu menjadi. tetapi saya hanya perasan apabila tetiba mak uda bangun nak balik tanda yang dia sentap dan masa uda mati memberi kesan kepada penonton sebab kekuatan cinta itu.
Dari segi kostum tidak banyak sangat pun yang boleh ditonjolkan hanya pada watak dara dan uda, mak dara, alang bakhil dan juga kumpulannya serta kustom para penari. Watak yang lain semuanya kostum orang kampung. Kostum paling menarik pada aku juga dimenangi oleh watak alang bakhil dengan pakaian kot ada garisan berwarna emas serta tongkat seperti melambangkan orang yang mempunyai kekayaan itu. bila si uda pulang dari kota dengan berpakaian kemeja dengan seluar yang ketat atau sendat sangat yang mengganggu pandangan bila lelaki kelihatan mencirikan memakai seluar seperti seorang perempuan. Pakaian si dara pula sangat cantik berbaju kurung ataupun kebaya yang dipakainya berwarna merah merah jambu membuatnya kelihatan cantik dan ayu dengan kostum itu. Kostum itu juga menampakkan si dara seorang yang pandai bergaya dengan selendang di tangannya yang selalu dibuat main dengan si uda lalu diberikan kepada uda sangat uda pergi berhijrah ke kota. Baju mak dara pula memang menonjol dengan warna merah yang terang menampakkan seperti pakaian ala-ala datin. Semuanya dapat kostum yang sesuai dan tidak lari dengan konsep cerita.
Muzik dan lagu pementasan ini berkonsepkan satu zaman yang agak lama tapi intepretasi muzik yang diberikan sangat moden. Lagu-lagu yang berunsurkan asli tetapi boleh dinikmati oleh generasi sekarang. Tapi intepretasi yang masuk dengan latar zaman dan genre teater itu sendiri ringkas dapat kesinambungan kisah epik uda dan dara ni. Lagu-lagunya merdu terutamanya lagu si dara menyanyi. Muzik pula, sewaktu babak di kampung sangat meriah dan lagu di nyanyikan beramai itu menarik.Kebanyakan semua watak punya babak untuk menyanyi tiada masalah dari segi nyanyian. Kesemua bagus. Si dara nyanyi sangat sedap. dan pada malam persembahan yang aku saksikan dia. Alang bakhil itu nampak terbaik memang karakter sebagai seorang yang gilakan kekayaan, memeras ugut penduduk kampung dengan ayatnya “rampas” memang berjaya serta dapat rasakan tenaga itu sewaktu dia menyanyikan lagu “rampas” itu. Dia sangat bagus sungguh jelas mendengar dia berbicara dan menyanyi.
Dari segi koreografinya, nampak menarik dan pereka tarian sangat membantu serta para penari yang terdiri dari pelakon-pelakonnya juga. Pembukaan gelanggang silat tu memang menerujakan menampakkan bercirikan pahlawan. Pergerakan tarian nampak kemas dan banyak gerakan yang menarik. Tariannya mempunyai isi yang bertema moden, kontemporari, dan asli. Semua gerakan yang diberikan nampak berjiwa. Babak tarian dihimpunkan terlalu ramai rakyat jelata menjadikan pentas nampak sedikit semak tapi tidak menjadi gangguan kepada persembahan dan menjadikan impak yang menarik seperti saat mereka ingin persandingkan si uda dan dara.
Dari segi protokol, tenaga produksi bagus dalam memastikan teater itu berjalan dengan lancar kerana dapat menghasilkan pemandangan cerita yang menarik dengan teknik percahayaan yang baik dan indah seperti pada waktu malam dengan gambaran cahaya bulan yang begitu indah. Suasana yang menampakan di bawah pokok dengan bayangan daun-daun pohon. Suasana semasa persembahan tarian juga mempunyai percahayaan yang baik dan kreatif. Kalau dari segi prop dan set, dilihat kepada set sedikit unsur-unsur absurb ada kerana setnya kurang nampak realistik. Berdasarkan latar tempat diatas pentas memang produksi tidak memerlukan bajet besar rasanya. Contohnya, di atas pentas hanya menunjukkan dua rumah yang berbeza iaitu rumah dara yang mewah dan rumah uda yang hanya buruk dan usang. Walaupun penggunaan prop yang ringkas tetapi cukup menampakkan suasana perkampungan diatas pentas dengan baik. Orang kampung hanya gunakan dulang sebagai bahan tarian dan beberapa prop yang lain. Selain itu, skala pentas begitu kecil, sehingga penggunaan di bawah pentas diperlukan seperti kita lihat sebuah titi yang menghubungkan pentas dengan bawah pentas. Saya begitu kecewa dan mengharapkan produksi ini memberikan sesuatu yang lebih lagi. Malah saya menjangka sesuatu yang lebih besar juga seperti pementasan ini harus di persembahkan di ruang lebih besar. Penggunaan prop motosikal seperti skuter yang dinaiki uda semasa pulang ke kampungnya sangat tak memberi makna kepada persembahan dan menampakan sedikit kolot serta kelakar bagi seorang lelaki membawanya.
Kesimpulannya, namun tahniah kepada produksi dan pelajar-pelajar serta yang terbabit kerana telah berusaha membawa teater ini dengan baik. Saya rasa ia satu pementasan yang berjaya. Walaupun ada sedikit kelemahan yang saya rasa dipamerkan tapi kalau dilihat sahaja pada pementasan itu boleh diterima masih menghiburkan untuk ditonton. Saya rasa tenaga penonton juga kuat kerana kebanyakkan terdiri dari pelajar dari fakulti teater, filem dan animasi yang begitu menyukaikan persembahan itu. Saya dapat memahami jalan cerita yang menarik walau kadang-kala terasa bosan juga sebab persoalan yang sama asyik diulang-ulang. Ketidakpuasaan hati disebabkan perselisihan faham, marah pada sesuatu yang tidak dapat dikawal oleh keadaan yang boleh membuatkan airmata mengalirkan air mata seperti merasakan kesengsaraan yang dilalui oleh ibu uda dan orang kampung serta si dara apabila si uda mati. Bagi saya, bukan mudah menghasilkan pementasan teater yang terdiri dari begitu ramai kerjasama para pelakon dan menghasilkan lakonan mengikut watak masing-masing. Justeru itu, persembahan pentas teater harus dibaiki lagi setiap kekurangannya dan dapat memberikan kesan bagi menarik minat anak-anak muda masa kini bagi menyambung warisannya.