Trip Lawatan Akademik to Kelantan
Hi guys, kali ini kisah lawatan ke kelantan bersama department ceramic part 1 & part 2 selama 3Hari 2Malam. Kami semua bertolak pada jumaat sampai petang dan check in hotel di area berdekatan Wakaf Che Yeh. Bermulalah pada pagi sabtu 30 Jun 2012, pukul 7.45 pagi kami semua berkumpul di lobi hotel juga mndapat taklimat dari pensyarah kami untuk aktiviti di hari tu. Seterusnya,kami menaiki bas untuk menuju ke kampung Mambong, Kelantan. Kami juga perlu menaiki bot ke kampung tersebut.
Gelagat budak budak kelas aku naik bot.
that's me acah happy tapi penakut sbb first naik bot.
Pukul 11 kami sampai di kampung Mambong,kami diajar cara-cara membuat pasu menggunakan tangan tanpa penggunaan mesin. Kami juga dihidangkan makan tengah hari oleh penduduk kampung di situ.
Dr.Salwa tengah bagi taklimat tentang aktiviti perlu dilakukan disitu.
Selepas itu, kami menunaikan solat zuhur dirumah yang berdekatan, setelah itu kami rehatkan diri seketika. Kami juga dihidangkan makan petang pula oleh penduduk di situ. Setelah selesai program, kami memberi sedikit cenderahati kepada makcik yang telah memberi tunjuk ajar kepada makcik yang telah memberi tunjuk ajar kepada kami tentang cara pembuatan pasu secara manual. Pukui 5 petang, kami bertolak balik ke tempat penginapan. Kami sampai di tempat penginapan, serta kami merehatkan diri dan solat.
contoh labu sayung, souvenir yang kami beli untuk dibawak balik.
Pada waktu malam pula, kami diberi peluang sekali lagi untuk berjalan-jalan di Wakaf Che Yeh , untuk malam terakhir kami berada di situ. Sehingga lah pukui 12 malam, kami kembali ke hotel dan merehatkan diri serta tidur.
shooping kat Wakaf Che Yeh
Last day, masa untuk balik tapi still ada aktiviti. Kami perlu membawa sekali beg-beg pakaian kerana itu hari terakhir kami berada di hotel itu. Kami menaiki bas dan bertolak ke destinasi. Bersarapan pagi di pantai bachok. Pukul 10.20 pagi, kami sampai di pusat kraf atap singhora. Pukul 5.40 ptg,kami bertolak pulang ke uitm perak. Pukul 11.30 malam, kami pun sampai ke uitm perak.
Info Ringkas
Kraf Atap Singhora ini bermula sejak turun temurun lagi daripada pengusaha tersebut iaitu Pn.Rohani. Industri seramik pembuatan atap singhora ini mempunyai keunikannya yang tersendiri, atap singhora ini hanya menggunakan acuan yang berupakan terkap, hanya mencampakkan tanah liat ke atas acuan tersebut dan tekap dengan menggunakan kaki mengikut urutannya. Seterusnya apabila tiba proses untuk membakar atap ini, atap ini akan dibakar sebanyak 30-40 ribu sekali gus. Menurut Pn.Rohani atap ini dibakar selama 3 hari dengan api kecil dan 7 hari dengan api besar. Pn.Rohani turut menyatakan mengapa atap ini harus dibakar dengan cara itu kerana bagi membiasakan atap ini ketika dibakar agaratap ini tidak merkah serta tidak mudah pecah. Menurut Pn.Rohani, apabila mendapat tempahan yang banyak , produk atap singhora hanya dapat dibakar sebanyak 40ribu sahaja keran beliau tidak mahu menanggung risiko kerosakan dan dia juga tidak mahu produk nya mengalami kerosakan. Selain itu, sekeping atap singhora ini bernilai atau berharga RM 0.60 sahaja. Pn.Rohani juga pernah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak kraf tangan Malaysia yang mengajarnya cara untuk pembuatan mold dan mengajarnya untuk menguruskan kraf ini atau memajukan perniagaannya dengan cara yang betul.
Kaedah kaedah yang digunakan untuk membuat atap singhora oleh Puan Rohani.
Tanah liat yang diambil dari tanah sawah hanya disimpan di tempat terbuka.
End.