Ceramic Classmate ツ (Part 1)

23:28

Walaupun aku xberapa minat tentang seramik, tapi minat semua orang seramik, lect baik2, kawan2 semua besh, depa sempoi serta gila2 jugak,tambah2 budak2 classmate aku pagai gila depa melampau hahaha. meh aku kasi tengok gambaq, malaih nak cerita banyak, haha mase ni tak berapa rapat sgt dgn budak kelas tp tetap gila gila hahahah 

Part 1





                                                           

p/s : #jangankecam(muka budak2 sgt mase part 1)




Weekend OUTing

02:04

Hutan Lipur Ulu Licin & Teluk Batik & Kampung Gajah

Macam bese hujung minggu aku akan hangout gan roommate, sbb taknak terperap kebosanan kat bilik kan. Kami hajat nak pi mandi manda lah kan. Dok pusing2  taktahu nak mandi kat mana, kami pun pi lah cari air terjun, air sungai ke haha. alih2 sampai kat Hutan Liur Ulu Licin Beruas, hahah sunyi sepi hutan ni xde org lansung.




 tak lama kami berada disitu disebabkan ni sungai yang terpencil, so takutlah jadi bukan2 kan kami pun pergi lah teluk batik, aku pun dok berseronok. haha



 selepas itu, apa lagi singgah ke kampung si Farah ni, kat kampung Gajah. tenang je kat kawasan tuu ade sawah bendang, area kampung die banyak kebun buah besh do.





ps : gmbaq kami tak boleh dimasukkan ada scene TERlarang #gurau :p

end.



Port HangOUT

04:57



Teluk Batik & Pangkor 


Kalau nak tahu Budak2 Uitm seri iskandar selalu hangout ipoh , teluk batik, dan Pangkor leww. bersepah lah budak2 U hujung minggu kat situ. Ini moment yang paling best lah. tambah2 hangout dengan roomamate kesayangan aku ni. kiteorg pi sana pun sebab Si shida ni mahu buat keja part time die photographer tangkap gambar view yang cantik macam pulau gitu, kami apa lah curi peluang holiday sekali, release tension sikit haha. yele aku sejak jadi budak AD ni punya lah banyak reja weiii, stress den haha. Kiteorg pergi 8 orang wei sewa kereta Alza, ade 2org laki 6org gurl termasuk roommate aku shida gan nadya, yang len semua membe shida, yang aku terus boleh rapat yang gan dorang sebab dorang pun gile2 jugak haha.

Mula2 cam bese lah kami perkena breakfirst kat mamak dulu haha
Then, kami dok pi usha teluk batik dulu, 
  


disebabkan sini ramai orang dan view tak beberapa cantik apa lagi, kami punnn gerak pi pangkor, tudiaa nampak tak gigih kami dlm satu hari pi dua tempat hahah. 


last moment yang paling hot, dekat pantai, dah lah takde orng, air pantai taknak biru pulak kan? memang semua orng macam monyet lah cerita die. besttt do. aku ta tau lah bile lagi dapat moment macam tu. release lah jugak stress aku. 



this is our friendship
mase berkawan dengan dorang kiteorg buat dah macam family, 
dengan ade mammy(amal),shida jadi anak last, farah atiqah jadi anak second last, daddy bf si mummy, aku(burn) jadi kakcik, abg long si jai, nadia pulak jadi kakngah. best ouh, kemane kiteorng pergi msti ade semua, kalau sorang hilang, mummy mesti akan cari, dah mcm keluarga betul pulak aku rasa, ni lah satu satunya mummy yang aku ada kat Uitm ni. 
loveyou gais, muah xoxo

ps : holiday akan bersambung next update , bye!



Trip to Kelantan

10:45

 Trip Lawatan Akademik to Kelantan  


Hi guys, kali ini kisah lawatan ke kelantan bersama department ceramic part 1 & part 2 selama 3Hari 2Malam. Kami semua bertolak pada jumaat sampai petang dan check in hotel di area berdekatan Wakaf Che Yeh. Bermulalah pada pagi sabtu 30 Jun 2012, pukul 7.45 pagi kami semua berkumpul di lobi hotel juga mndapat taklimat  dari pensyarah kami untuk aktiviti di hari tu. Seterusnya,kami menaiki bas untuk menuju ke kampung Mambong, Kelantan. Kami juga perlu menaiki bot ke kampung tersebut. 
Gelagat budak budak kelas aku naik bot. 

that's me acah happy tapi penakut sbb first naik bot.

Pukul 11 kami sampai di kampung Mambong,kami diajar cara-cara membuat pasu menggunakan tangan  tanpa penggunaan  mesin. Kami juga dihidangkan makan tengah hari oleh penduduk kampung di situ.

Dr.Salwa tengah bagi taklimat tentang aktiviti perlu dilakukan disitu.



Selepas itu, kami menunaikan  solat zuhur dirumah yang berdekatan, setelah  itu kami rehatkan diri seketika. Kami juga dihidangkan makan petang pula oleh penduduk di situ. Setelah selesai program, kami memberi sedikit cenderahati kepada makcik yang telah memberi tunjuk ajar kepada makcik yang telah memberi tunjuk ajar kepada kami tentang cara pembuatan pasu secara manual. Pukui 5 petang, kami bertolak balik ke tempat penginapan. Kami sampai di tempat penginapan, serta kami merehatkan diri dan solat.

 

   
contoh labu sayung, souvenir yang kami beli untuk dibawak balik.

Pada waktu malam pula, kami diberi peluang sekali lagi untuk berjalan-jalan di Wakaf Che Yeh , untuk malam terakhir kami berada di situ. Sehingga lah pukui 12 malam, kami kembali ke hotel dan merehatkan diri serta tidur. 


 
shooping kat Wakaf Che Yeh

Last day, masa untuk balik tapi still ada aktiviti. Kami perlu membawa sekali beg-beg pakaian kerana itu hari terakhir kami berada di hotel itu. Kami menaiki bas dan bertolak ke destinasi. Bersarapan pagi di pantai bachok. Pukul 10.20 pagi, kami sampai di pusat kraf  atap singhora. Pukul 5.40 ptg,kami bertolak pulang ke uitm perak. Pukul 11.30 malam, kami pun sampai ke uitm perak. 


Info Ringkas

Kraf Atap Singhora ini bermula sejak turun temurun lagi daripada pengusaha tersebut iaitu Pn.Rohani. Industri seramik pembuatan atap singhora ini mempunyai keunikannya yang tersendiri, atap singhora ini hanya menggunakan acuan yang berupakan terkap, hanya mencampakkan tanah liat ke atas acuan tersebut dan tekap dengan menggunakan kaki mengikut urutannya. Seterusnya apabila tiba proses untuk membakar atap ini, atap ini akan dibakar sebanyak 30-40 ribu sekali gus. Menurut Pn.Rohani atap ini dibakar selama 3 hari dengan api kecil dan 7 hari dengan api besar. Pn.Rohani turut menyatakan mengapa atap ini harus dibakar dengan cara itu kerana bagi membiasakan atap ini ketika dibakar agaratap ini tidak merkah serta tidak mudah pecah. Menurut Pn.Rohani, apabila mendapat tempahan yang banyak , produk atap singhora hanya dapat dibakar sebanyak 40ribu sahaja keran beliau tidak mahu menanggung risiko kerosakan dan dia juga tidak mahu produk nya mengalami kerosakan. Selain itu, sekeping atap singhora ini bernilai atau berharga RM 0.60 sahaja. Pn.Rohani juga pernah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak kraf tangan Malaysia yang mengajarnya cara untuk pembuatan mold dan mengajarnya untuk menguruskan kraf ini atau memajukan perniagaannya dengan cara yang betul.

 
 Kaedah kaedah yang digunakan untuk membuat atap singhora oleh Puan Rohani.

  


  
Tanah liat yang diambil dari tanah sawah hanya disimpan di tempat terbuka.


End.


The Firstcoretan

00:00




Hello earthlings, I wanna tell all of you this is my real account blog. Setelah sekian nak buat blog. Aku suka bace blog orang..
That's why, 
akhirnya aku try jugak buat atas usaha sendiri. haha.

blog adalah seolah-olah tuu cara diaorang luah perasaan. Ade blog yang aku bace kisah sedih, happy, geram, marah and so on.. btw, aku buat blog ni utk menjadikan story aku sebagai kenangan.


-xoxo-


StoriesBuburnLove